Deskripsi pekerjaan Pre-Sales MHN Consolidated
Pre-Sales Eksekutif bertanggung jawab mengelola keseluruhan proses pra-penjualan dan pengurusan bidaan (tender), termasuk analisis kebutuhan pelanggan, perancangan solusi teknikal, penyediaan dokumen tender, serta memastikan pematuhan terhadap keperluan RFP/RFQ/TOR bagi meningkatkan kadar kejayaan penjualan dan tender syarikat.
SKOP TANGGUNG JAWAB UTAMA
A. Pre-Sales (Solusi & Teknikal)
1. Menganalisis keperluan perniagaan dan teknikal pelanggan.
2. Bekerjasama dengan tim Sales untuk merangka solusi yang sesuai dan kompetitif.
3. Menyediakan cadangan teknikal, seni bina solusi, dan spesifikasi sistem.
4. Menyokong aktiviti pembentangan, pitching, demo sistem dan Proof of Concept (PoC).
5. Memberikan penjelasan teknikal kepada pelanggan.
B. Bid Management (Tender & Pematuhan)
1. Mengurus keseluruhan proses tender, RFP, RFQ dan sebut harga.
2. Menyediakan dan menyusun dokumen bidaan mengikut keperluan klien.
3. Memastikan pematuhan TOR, SLA, format dan jadual tender.
4. Menyelaras dokumen daripada Sales, Technical, Finance dan Management.
5. Memastikan penyerahan bidaan tepat pada masa.

